Siakap Keli
Gambar : Hindustantimes

Tragis, Budak 11 Tahun Dah Pandai Dera, Rogol 3 Kanak-Kanak Berulang Kali

Seorang budak lelaki didakwa merogol dan melakukan penderaan secara seksual terhadap tiga kanak-kanak ketika usianya 11 tahun.

Dia yang kini berusia 13 tahun didakwa mencabul seorang budak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan semasa dia tinggal bersama mangsa di sebuah rumah kebajikan di Merseyside, England.

Menerusi pendengaran di Mahkamah Remaja Liverpool, budak lelaki tersebut dilahirkan dengan masalah kesihatan kerana ibunya merupakan penagih dadah.

Gambar : Mahkamah Remaja Liverpool/Mirror UK

Memetik pendakwa raya, Athur Gibson berkata, tanda-tanda awal masalah berlaku apabila salah seorang kanak-kanak perempuan melaporkan budak lelaki itu memintanya gambar-gambar bogel, lapor Liverpool Echo.

Dia mengaku akan perbuatan tersebut dan telefon bimbitnya dirampas, tetapi dia kemudian melakukannya lagi dan memberitahu tidak tahu mengapa berbuat demikian.

Tiga kanak-kanak yang menghabiskan masa dengan budak lelaki berkenaan ditanya sama ada mereka diapa-apakan.

Mengejutkan apabila kesemua mereka mendedahkan budak itu bertindak berbogel, memegang mereka dan meminta untuk menyentuh kemaluannya.

Salah seorang mangsa enggan dan berkata ‘tidak’, tetapi dia merangkul pinggang mangsa dan melakukan penderaan seksual terhadapnya.

Seorang kanak-kanak lelaki mendedahkan pelaku tersebut telah merogol ketiga-tiga mereka,

Suspek mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan rogol dan dua pertuduhan serangan seksual.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.