Siakap Keli

Gagal Sekat Dan Buang Imej Penderaan Kanak-Kanak, Aplikasi Tumblr ‘Ditendang’ Dari App Store

Aplikasi Tumblr dikeluarkan dari App Store selepas gagal mengesan dan membuang imej penderaan seksual kanak-kanak.

Tumblr versi iOS yang telah dikeluarkan oleh pihak syarikat gergasi Apple dari App Store mereka sejak 16 November lalu didapati masih memaparkan imej-imej penderaan seksual kanak-kanak. Aplikasi berbentuk blog itu gagal mengesan dan membuang kandungan terlarang yang menyebabkan mereka tidak lagi tersenarai di dalam App Store.

Pihak Tumblr bagaimanapun memberikan jaminan yang mereka sedang bekerjasama dengan pihak yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak bagi memantau aktif kandungan yang dimuat naik ke platfom tersebut.

Secara teori setiap kandungan yang dimuat naik akan disemak melalui pengkalan data berkaitan dan jika terdapat padanan, kandungan tersebut akan dikeluarkan dari Tumblr. Aplikasi Tumblr versi Android masih lagi boleh diakses oleh pengguna mereka dan tidak dapat dipastikan bilakah versi iOS akan kembali ke dalam App Store.

Tumblr menghadapi pelbagai kontroversi sebelum ini dimana kerajaan Indonesia telah menghalang akses ke Tumblr selepas mereka tidak memberikan respon terhadap permintaan untuk mengeluarkan kandungan pornografi dari platfom mereka. Pada tahun lepas pula, Korea Selatan turut meminta perkara yang sama namun telah dituruti oleh pihak Tumblr.

Syarikat Apple memandang serius perkara ini dengan meletakkan garis panduan yang ketat bagi menghalang pembangun-pembangun aplikasi dari memaparkan kandungan yang mengeksploitasi kanak-kanak.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar