Siakap Keli
Sumber : FB Pakatan Harapan

MP Beruas Jadi Wakil Rakyat PH Dengan Jumlah Aset Tertinggi, Diikuti Perdana Menteri Malaysia

Kemas kini terbaru di portal Pengisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membabitkan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan menyenaraikan Ahli Parlimen Beruas, YB Datuk Ngeh Koo Ham sebagai wakil rakyat memiliki harta paling tinggi dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu sebanyak RM 75.81 juta.

Penasihat DAP Perak itu membuat pengisytiharan harta termasuk isteri dan anaknya. Manakala di tangga kedua adalah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memiliki harta sebanyak RM 32.35 juta termasuk mengisytiharkan harta isterinya.

Bagaimanapun tiada data mengenai jumlah aset yang dimiliki oleh anak Tun Mahathir, merangkap Menteri Besar Kedah, YB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir. Jumlah pendapatan bulanan yang disytiharkan bagi dirinya adalah RM 105,641.

Di kedudukan ketiga adalah Menteri Pembangunan Usahawan,  Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang turut mengisytiharkan harta bersama-sama isterinya berjumlah RM 33.07 juta.

Manakala menteri termuda dalam kerajaan Pakatan Harapan, YB  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytiharkan jumlah harta bagi dirinya adalah RM 722,312.

Wakil rakyat PH dengan jumlah harta terendah adalah, YB Tuan Hassan Abdul Karim dengan jumlah aset sebanyak RM 29 ribu, diikuti YB Puan Alice Lau Kiong Yieng dan En. Mohamad Dahlan Bin Md Maamor, masing-masing mengisytiharkan jumlah harta RM 70 ribu.

Seramai 115 orang ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan sudah membuat pengisytharan manakala baki 10 orang lagi masih belum berbuat demikian.

Senarai penuh di bawah :

Sumber : Portal Pengisytiharan Harta SPRM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.