Siakap Keli

Honor 8X Cetus Fenomena, Peranti Pilihan Bawah RM1,000, Tak Perlu Belanja Ribuan Ringgit Untuk Sebuah Telefon Pintar.

Pada korang yang tengah mencari telefon pintar dengan spesifikasi molek dengan rekaan seksi seperti model Victoria Secret, mungkin korang patut mempertimbangkan Honor 8X dengan lebih serius.

Ada sebab kenapa Honor 8X terjual lebih 1,000 unit dalam masa 20 minit di Shopee dan Lazada. Selepas 3 hari dipasaran Malaysia, Honor 8X telah mengambil gelaran telefon pintar Honor paling laris didalam sejarah Honor di Malaysia.

Pertama sekali, paparan skrin luas berukuran 6.5 inci, nisbah skrin pada tubuh untuk telefon pintar Honor 8X ini adalah sebanyak 91%.Tengok movie memang cukup puas sangat dah. Sesuai sangat pada korang yang kaki Youtube dan Netflix.

Kedua, Body-nya, fuhh merecik! Datang pulak versi warna merah. Dengan binaan panel belakang kaca dengan tekstur Aurora Glass yang dapat memberikan kesan kilauan pada bahagian belakangnya boleh buat kau meragui cinta terhadap awek kau sendiri.

Manakala bagi spesifikasi kameranya pula, Honor 8X dilengkapi dengan dwi-kamera utama, 20MP f/1.8 + 2MP serta kamera swafoto dengan lensa tunggal 16MP dengan bukaan aperture f/2.0. Seperti biasa ia turut dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan(AI). Honor 8X turut dibekalkan dengan sokongan pentabilan imej AI dan rakaman ‘slow-mo’ pada tetapan 480fps! yang korang takkan dapat kat mana-mana fon kelas pertengahan yang lain. Bawah RM1,000 pulak tu.

Keempat, Honor 8X dibekalkan dengan cip pemprosesan Kirin 710, pertaruhan baru dari Huawei dalam memperkasakan peranti kelas pertengahan mereka. Ia turut hadir dengan sokongan GPU Turbo untuk permainan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends bagi mengoptimumkan penggunaan dan keupayaan grafik. Cip baru ini juga memberikan 30% penjimatan bateri.

Kelima, ruang penyimpanan sebesar 128GB dan turut menyokong penyimpanan tambahan sehingga 400GB. Dengan bateri bersaiz 3,750mAh confirm tahan sampai kemalam.

Korang boleh dapatkan Honor 8X dengan pilihan warna hitam, biru dan MERAH! pada harga RM949. Mana kau nak dapat fon macam ni bawah RM1,000!

Info menarik untuk korang, acara tahunan #Fansgiving dari HONOR Malaysia akan bermula pada 28 November dengan pelbagai tawaran hadiah, promosi dan edisi terhad Honor Play- Player Edition untuk dimenangi.

Boleh layari Hihonor (https://www.hihonor.com/my) dan Shopee (https://shopee.com.my/honor.os) untuk ketahui info tentang peranti ini dengan lebih lanjut atau beli terus di  http://www.brightstarcorp.com.my/brands/honor/honordealers/ kalau korang dah ketar tangan tak sabar nak beli.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think