Siakap Keli

Dakwa Sebabkan Remaja Ponteng Mengaji Demi Tonton Bahan Lucah, Ketua Kampung Di Aceh Arah Kafe Putuskan Wifi

Banda Aceh: Para pemimpin di sebuah perkampungan di wilayah Aceh dilaporkan telah mengeluarkan pekeliling yang menyeru semua kafe untuk memutuskan sambungan internet tanpa wayar (Wi-Fi) yang didakwa telah menyebabkan remaja di situ terganggu pelajaran dan pengajian mereka.

Ketua kampung Curee Baroh yang terletak di daerah Bireun, Aceh itu telah mengeluarkan pekeliling pertama pada 13 November lalu sebagai hasil perbincangan bersama pegawai-pegawai yang lain selepas mendapati remaja di situ lebih gemar menghabiskan masa melayari internet dan menonton bahan lucah di kafe berbanding menghadiri kelas pengajian Al-Quran.

“Kami telah menghantar pekeliling kepada pemilik kafe meminta mereka memutuskan sambungan Wi-Fi ,” kata ketua kampung Curee Baroh, Helmiadi Mukhtaruddin.

Para pemimpin kampung berkata mereka mendapati bahawa kanak-kanak dan remaja di kawasan itu pergi ke kafe semasa waktu sekolah dan mendakwa beberapa laman web yang dibuka yang mengandungi pornografi.

Sumber: BBC

Kebimbangan kami semakin meningkat mengenai akses Wi-Fi. Kami mempunyai enam kafe di kampung dan semakin sukar bagi ibu bapa dan guru untuk mengawal anak-anak mereka “ujar Helmiadi lagi.

Menurutnya, anak-anak sering meninggalkan rumah dengan memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka akan menghadiri sesi bacaan Al-Quran di masjid tetapi sebenarnya mereka sebenarnya pergi ke kafe dan melayari internet.

Ketua Komunikasi dan Maklumat Bireun M. Zubair berkata terdapat banyak kafe di wilayah Aceh sekarang menyediakan akses Wi-Fi kepada pelawat, dan hanya di kampung Curee Baroh yang kini menerima kecaman hebat.

Bagaimanapun, beliau berkata pentadbiran daerah menghormati keputusan kampung itu demi memastikan penduduk di situ mendapat manfaat dan kebaikannya. 

Kami menyokong larangan Wi-Fi selagi ia memberi manfaat kepada generasi muda,” ujar Zubair yang dipetik dari laporan The Jakarta Post. 

Terdahulu, kampung Curee Baroh pernah mengeluarkan pekeliling yang meminta kedai kopi, kafe dan restoran untuk memastikan pelanggan lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin atau berkaitan dengan satu sama lain tidak duduk di meja yang sama.

Pekeliling yang dikeluarkan itu bertujuan untuk menjadi pedoman bagi pemilik perniagaan untuk mematuhi syariah, yang melarang khalwat.

Sumber: The Jakarta Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar