Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Lelaki Tercampak Keluar Dari Kenderaan Ketika Kemalangan Ngeri

Seorang wanita terpaksa menanggung derita tercampak keluar daripada kenderaan  yang terbabas akibat dipandu oleh suaminya yang ketika kejadian berada di bawah pengaruh alkohol.

Sebelum kejadian, berdasarkan rakaman dalam kenderaan yang tular, pasangan berkenaan didapati sedang bertengkar sebelum kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.

Wanita berkenaan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan namun disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang boleh mengancam nyawa.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kaili, wilayah Guizhou Jumaat lalu, menurut laporan berita tempatan,  Kan Kan News. Kereta berkenaan dikatakan melambung di udara dan berpusing beberapa kali sebaik sahaja menghentam bahagian penghadang jalan tersbeut.

Berdasarkan rakaman dashcam yang dipasang pada kenderaan itu, lelaki berkenaan dikatakan mengeluarkan kata-kata ”siapa kamu” dan ‘‘berapa banyak duit yang ayah kamu beri pada aku” beberapa saat sebelum terlibat dalam kemalangan.

Pihak polis percaya, ketika kejadian lelaki tersebut dipercayai sedang bertengkar dengan isterinya yang duduk di kerusi penumpang depan. Isterinya dikatakan tidak memakai tali pinggang keselamatan.

Li Zhenglin, seorang polis trafik daripada balai berdekatan memaklumkan kepada media mereka menemui dua orang mangsa di lokasi kemalangan sebaik sahaja tiba di sana.

Menurut Li lagi, kereta berkenaan mengalami kerosakkan teruk termasuklah kaca cermin kereta yang pecah bertaburan di atas jalan. Si isteri dikejarkan ke hospital akibat tercampak manakala si suami hanya diberikan rawatan awal di lokasi kejadian akibat kecederaan luka pada bahagian kepala. Suami mangsa juga turut tercampak dan jatuh di atas pagar kayu.

Ujian pernafasan yang dilakukan terhadap lelaki itu juga mendapati bahawa dia mabuk ketika memandu.

”Mujurlah pagar yang dimana mangsa jatuh diatasnya adalah kayu dan berbentuk rata. Nasibnya mungkin berbeza jika pagar itu diperbuat daripada besi dan mempunyai hujung yang tajam,” kata Li lagi.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.