Siakap Keli
Gambar Hiasan

7 Jambatan Terpanjang Dunia Pada Abad Ini

Pelbagai cara untuk menghubungkan sesuatu tempat dengan jarak yang jauh atau menyambungkan bandar yang terpisah dengan permukaan bumi seperti jarak darat dan laut adalah menggunakan jambatan.

Jambatan kini semakin canggih dengan wujudnya berkembangan teknologi oleh manusia dam mampu dibina dengan begitu pantas. Malah banyak jambatan seluruh dunia dibina dengan jarak yang tersangat panjang atas bebeapa faktor tertentu.

Hari ini di Siakap Keli ingin berkongsi beberapa foto jambatan terpanjang dunia kepada anda.

7 . Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Malaysia

Jambatan ini juga dikenalisebagai jambatan kedua Pulau Pinang yag merupakan jalan lebuh raya yang menghubungkan Batu Maung dengan tanah besar Pulau Pinang di Bandar Cassia kerana terpisah dengan laut. Jarak jambatan ini ialah 24 kilometer.

6. New Orleans, Mandalive Amerika Syarikat

 

Amerika Syarikat mempunyai rekod jambatan terpanjang dunia suatu ketika dahulu. Namun rekod itu telah di rampas oleh Lebuhraya Bang Na, Thailand mengambil alih tempat teratas.Panjangnya memcecah 38.4 kilometer.

5. Jambatan Great Belt, Denmark

Jambatan ini sebenarnya mempunyai dua arah,satu di bahagian timur dan sebelah di barat. Hal ini terjadi kerana terpisah dengan pulau kecil di tengah-tengah lautan ini. Jambatan ini adalah jambatan tertinggi dunia iaitu pada sebelah timur 833 kaki dari paras laut dan di sebelah barat iaitu 21 689 kaki dati paras laut.

Untuk pengetahuan semua, jambatan lebuhraya ini bergabung dengan jambatan landasan kereta api.

4. Jambatan Akashi-Kaikyo, Kobe-Naruto, Japan.

Jambatan Akashi-Kaikyo, juga dikenali sebagai Jambatan Pearl, adalah jambatan gantung yang paling panjang dengan jarak 1,991 meter (6532 kaki) di dunia. Ia menjangkau Selat Akashi di Jepun menghubungkan tanah besar di Kobe dan Iwaya di Pulau Awayi. Jambatan ini mengambil masa hampir 12 tahun untuk membinanya dan dibuka untuk trafik pada tahun 1998.

Jarak umum pada asalnya hanya 1,990 meter tetapi gempa bumi Kobe pada 17 Januari 1995, menyebabkan dua menara itu dipindahkan supaya ia perlu dipanjangkan lagi sebanyak 1 meter.

3. Bang Na Expressway, Thailand

Jalan raya yang terpanjang di dunia ketika ini, Bang Na Expressway merupakan jambatan paling panjang di dunia ketika mana ia siap dibina iaitu pada tahun 2000 hingga 2004. Jarak lebuh raya ini sepanjang 53.9 kilometer. Satu-satunya jambatan lebuh raya yang terpanjang dunia.

2. Jambatan Changhua-Kaoshiung, Taiwan

Salah satu pencapaian terbaik kerajaan Taiwan. Berada di kedudukan kedua dalam senarai jambatan terpanjang di dunia adalah Jambatan Changhua-Kaohshing yang terletak di Taiwan, dengan jarak 157.3 kilometer iaitu kira-kira dari bandar Alor Setar, Kedah ke Bagan Serai, Pulau Pinang.

Jambatan ini adalah sebahagian daripada rangkaian Keretaapi Laju Taiwan beroperasi pergi dan balik ke pantai barat pulau itu ke pantai barat pulau itu.

1. Jambatan Danyang- Kunshan Grand

Jambatan ini adalah jambatan terpanjang dunia pada abad ini kerana panjangnya sehingga 164.8 kilometer. Kalau di Malaysia, sudah tentu jaraknya dari Kuala Lumpur ke Kampar, Perak. Ia menghubungkan Beijing dan Shanghai. Jambatan ini juga sebahagian daripada rangkaian kereta api laju yang melalui lima bandar iaiatu Danyang, Chanzhou, Wixo, Shunzou dan Kunshan.

 

Sumber :

  1. https://www.businessinsider.my/longest-bridges-in-the-world-2018-4/?r=US&IR=T
  2. http://www.historyofbridges.com/famous-bridges/longest-bridges/
  3. http://www.top10listland.com/top-10-longest-bridges-in-the-world/
  4. http://www.largestandsmallest.info/2017/05/danyang-kunshan-is-longest-bridge-in.html

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang