Siakap Keli
Daily Express

Gegaran Misteri Landa Seluruh Dunia 11 November Lalu, Tetapi Tiada Siapa Yang Sedar

Pada awal pagi 11 November lalu, kira-kira 9.30 pagi (UT), satu gegaran misteri telah menggegarkan hampir semua bahagian di dunia, namun tiada sesiapa pun menyedarinya kecuali seorang lelaki di Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat.

Gegara seismik itu bermula kira-kira 15 batu di luar pantai Pulau Mayotte, Perancis yang diapit oleh Afrika dan utara Madagascar. Gelombang yang sama kemudian menyebar ke seluruh kawasan Afrika membuatkan semua sensor gempa bumi memberi reaksi di Zambia, Kenya dan Ethiopia.

Kemudian, gelombang yang sama merentasi lautan dan ‘menyerang’ beberapa negara yang lain antaranya Chile, New Zealand, Kanada sehinggalah ke Pulau Hawaii.

Satu-satunya individu yang mengesan isyarat aneh ini kemudian memuat naik perkara berkenaan ke Twitter. Bermula daripada situlah, para saintis di seluruh dunia mula bekerja keras untuk menyelesaikan misteri tersebut? Sama ada ia berpunca daripada hentaman metorite? Pembentukkan gunung berapi dasar laut yang baru? Atau kemunculan raksasa misteri daripada laut dalam?

Berdasarkan data-data yang dikumpul, akhirnya tampil seorang saintis daripada Perancis yang membuat kesimpulan bahawa gelombang seismik misteri yang menggegarkan seluruh dunia itu datang daripada aktiviti letusan gunung berapi ‘low level’ bawah air yang berlaku di timur laut Pulau Mayotte.

Pulau Mayotte yang dihuni sekitar 250 ribu orang sebelum ini sudahpun dilanda gegeran kecil gunung berapi sejak Mei lalu. Begitupun, aktiviti gegaran gempa bumi di pulau ini sudah lama berhenti sehinggalah ‘kejutan misteri’ pada 11 November lalu.

Manakala bagi saintis-saintis di Pusat Tinjauan Geologikal Perancis pula, mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Penyelidik-penyelidik ini berpendapat bahawa gelombang seismik berkenaan mungkin berpunca daripada aktiviti pembentukkan gunung berapi baru terletak di luar pantai pulau berkenaan.

Namun, Pulau Mayotte terletak di kawasan laut yang tidak pernah dipetakan secara sistematik, justeru apa yang terjadi dibawahnya hanyalah berdasarkan analisis ke atas data terkumpul dan andaian terbaik semata-mata.

Sumber : National Geographic, The Sun

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.