Siakap Keli

(Video) Dapat Tahu Cikgu 2 Bulan Tak Bergaji Dan Tinggal Di Sekolah, Pelajar Dapat Kumpul RM1,500, Usaha Mereka Buat Cikgu Ini Sebak

Bruno Rafael Paiva tidak menerima gaji dalam tempoh dua bulan dan mendiami sekolah tempat dia mengajar sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Paiva, dia telah menggantikan cuti bersalin guru lain namun, disebabkan birokrasi, namanya belum dimasukkan dalam senarai gaji.

“Saya dah lakukan semuanya, tapi birokrasi ini membuatkan segalanya menjadi sedikit sukar.”

Imej via Youtube

Kesusahan yang dialami Paiva diketahui para pelajarnya.  Mereka dengan itu menubuhkan tabung dan berjaya mengumpul sebanyak RM1,500 menggunakan duit mereka sendiri.

Paiva masuk ke kelas pada hari itu seperti hari-hari yang biasanya.  Tetapi bagi pelajarnya, hari tersebut merupakan hari yang bermakna buat mereka dan guru yang disayangi.

“Ini tidak boleh terjadi, bagaimana anda semua boleh melakukannya?” Paiva berkata sambil membuka hadiah yang diletakkan di atas meja.

Paiva yang terkejut dengan hadiah tersebut, menitiskan airmata kerana terlalu terharu diatas tindakan yang dibuat pelajarnya.

Imej via Metro

“Mereka adalah pelajar seperti saya juga, yang masih membuat saya percaya pada pendidikan negara, percaya kepada cintakan orang lain, dalam belas kasihan meletakkan diri di tempat orang lain, dan meletakkan rasa hormat dan cinta kepada pendidiknya.”

Terkesan melihat guru mereka menangis, seluruh pelajar kelas tersebut bangun dan memberikan pelukan.

Sumber: Bruno Rafael Paiva

Nur Farra