Siakap Keli

Lagi Kejadian Gempa Bumi Kuat, Kali Ini Landa Kawasan Berdekatan Antartika Pula

Gempa bumi berkekuatan 7.1 magnitud dilaporkan melanda kawasan sekitar Antartika semalam, menurut laporan Jabatan Tinjauan Aktiviti Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berkenaan yang pada awalnya diukur pada kekuatan 7.5 magnitud berlaku pada kedalaman 164.7 kilometer sebelum ukuran diturunkan kepada 7.1 magnitude.

Antara kawasan berdekatan yang terjejas adalah Tierra del Fuego, Argentina serta Chile.

Gempa yang sama juga dilaporkan berlaku berdekatan dengan sebuah pulau milik British, Pulau Sandwich yang menjadi rumah kepada beberapa buah gunung berapi yang aktif.

Tiada laporan tsunami dikeluarkan oleh USGS.

Sumber : Express UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.