Siakap Keli
Kredit: Sabah

Kecelaruan Obsesif Kompulsif Mendorong Seseorang Melakukan Sesuatu Perkara Berulang Kali Sehingga Menganggu Aktiviti Seharian

Mungkinkah keadaan persekitaran hari ini yang mendorong ramai orang mengalami masalah tekanan dari segi emosi, fizikal dan juga mental. Masalah ini sering berlaku pada golongan dewasa, sehingga boleh menyebabkan mereka kehilangan kewarasan dan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan seperti membunuh diri. Tekanan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk contohnya kemurungan, putus asa dan kesedihan.

Sumber: www.collective-evolution.com

Terdapat banyak kes kematian yang disebabkan tekanan, sehingga ada yang sanggup membunuh ibu sendiri kerana mendengar arahan dari suara ghaib. Pernahkah anda dengar mengenai Obesessive-Compulsive Disorder (OCD) atau dalam bahasa melayunya Kecelaruan Obsesif Kompulsif.

Kadang-kadang ada sebahagian yang tidak sedar, mereka sedang mengalami tekanan. Kecelaruan Obsesif Kompulsif adalah, apabila seseorang itu berfikir negatif dan terdorong untuk melakukan sesuatu perkara tersebut berulang kali. Contohnya mencuci tangan dan kurang yakin pintu telah dikunci dan keadaan ini menganggu kefokusan seseorang untuk bekerja atau melakukan kehidupan seharian.

Sumber: www.anxiety-treatments.com

Orang yang mempunyai penyakit OCD, mereka akan sentiasa berasa tidak yakin atau was-was. Bagi mereka, barang yang telah dipegang oleh orang lain, adalah kuman dan tidak bersih. Tindakan tersebut dirasakan biasa bagi orang OCD, tetapi sebenarnya tindakan tersebut adalah sebahagian daripada penyakit dan menimbulkan rasa pelik bagi orang lain.

Walaupun telah mencuci tangan beberapa kali tetapi mereka masih merasakan yang tangan mereka tidak bersih, perbuatan tersebut akan diulangi sehingga mereka benar-benar yakin. Sebahagiannya mengambil masa berjam-jam untuk membersihkan diri, kawasan setempat atau tangan.

Sumber: benefitsbridge.unitedconcordia.com

OCD akan membuatkan seseorang melakukan perbuatan tersebut berulang kali tanpa rasa pelik kerana mereka akan lebih berasa pelik sekiranya tidak melakukan perbuatan tersebut berulang kali. Boleh dikatakan, mereka mempunyai tahap kebersihan yang sangat tinggi, sehingga ada yang sampai ketahap mereka tidak mahu bersalam kerana takut tangan orang tersebut mempunyai kuman atau kotoran.

Sumber: benefitsbridge.unitedconcordia.com

Nampak seperti perkara biasa, tetapi mereka yang menghadapi penyakit tersebut perlu berhadapan dengan sikap sentiasa tidak tenang seperti berulang kali melihat suis atau api dapur telah bertutup atau belum. Mengikut beberapa kajian yang telah dilakukan, penyakit ini sering berlaku pada kaum wanita berbanding lelaki. Meletakkan barang pada sudut yang tepat juga merupakan antara tanda-tanda anda mempunyai penyakit OCD. Tekanan yang teruk, akan memburukkan lagi keadaan pesakit ini.

Tiada ubat khas untuk penyakit ini, selain doktor memberikan anda beberapa rawatan yang membolehkan anda meninggalkan beberapa gejala yang sering berlaku sehingga menggangu urusan seharian anda. Selain rawatan, mungkin pesakit boleh melakukan rawatan sendiri dengan cuba mengawal diri, dan buang perasaan kurang yakin.

Sumber: psychiatryanxietycanadawebmd

 

 

 

 

 

 

 

marlya syafikah