Siakap Keli
Sumber: Femina.in

Penyakit ‘Mata Malas’ Boleh Sembuh Jika Anda Ikuti 5 Langkah Ini

Penyakit ini tidaklah terlalu terkenal dalam negara kita tetapi ianya boleh dirawat dengan mudah dan hanya boleh melakukan di rumah sahaja. Penyakit ini selalu berlaku pada bayi baru lahir dan kanak-kanak, bagi orang dewasa sangat nipis.

Amblyopia atau mata malas adalah punca masalah penglihatan yang berlaku pada awal usia kanak-kanank dan boleh juga berlaku pada orang dewasa. Penglihatan agak kabur dan tidak dapat menggunakan cermin mata, kanta dan pembedahan. Masalah ini kerap berlaku pada kedua-dua belah mata.

Penyakit ini tidak diketegorikan sebagai buta dan masih mempunyai jalan untuk menyembuhkannya.  Beberapa sebab amblyopia ini adalah juling sebelah mata yang kekal, rabun sama ada dekat dan jauh, dan penglihatan terhalang secara fizikal.

Semua ini akan menghalang maklumat penglihatan ke otak, menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Otak akan mengabaikan mata kabur dan melihat dengan hanya menggunakan mata yang normal. Mata jika tidak dirawat akan terkena amblyipia.

Jadi, janganlah marah kawan-kawan andayang rabun tu kalau tak membalas senyuman kepada anda.

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini berlaku secara berterusan iaitu dinamakan sebagai senaman mata.

1.Mewarna

Latihan mewarna adalah satu aktiviti untuk memperkuatkan mata dan memberi bantuan kepada mata yang lemah untuk menumpukan perhatian pada sesuatu warna ini. Ia memberi keseronokan terapi mata untuk kanak-kanak yang mungkin tidak berminat dengan latihan yang rumit atau membosankan.

2. Menyusun puzzle 

Latihan seperti ini juga membantu untuk mata yang lemah kerana ia menjadikan matakita fokus pada sesuatu benda dan otak kita berjalan. Apa-apa perkara yang memerlukan mata memberi tumpuan kepada kata-kata, butiran imej, bentuk tepat atau pergerakan pengesan pen melalui kawasan tertentu (untuk melengkapkan kata sebagai contoh) memaksa mata lemah anda untuk bekerja memperbaiki fokusnya.

3. Membaca

Memfokuskan pada huruf kecil dan mengarahkan mata ke halaman untuk membaca buku, akhbar, bil, kerja rumah atau majalah dapat membantu mata lemah anda. Untuk memaksa mata malas untuk memimpin, cubalah membaca dengan mata yang kuat ditutupi dengan telapak tangan anda.

Jika anda mendapati terlalu sukar untuk membaca huruf yang kecil maka cepatlah untuk dapatkan rawatan doktor untuk kepastian lebih lanjut.

4. Amalkan amalan fokus dan jejak 

Latihan mata standard adalah cara tradisional untuk meningkatkan pergerakan otot mata dan koordinasi. Mereka adalah rutin khusus yang boleh anda lakukan dengan mata malas untuk memaksanya melalui gerakan dan memfokuskan aktiviti. Dari masa ke masa, idea ini adalah bahawa senaman menyokong dan memperbaiki visi mata yang lebih lemah dan membantu mata anda bekerja bersama. Ini perlu dilakukan dengan mata yang kuat yang dilindungi kecuali doktor mata anda memberitahu anda sebaliknya.

5. Permainan Video ‘Game’

Jangan salah faham kerana permainan video ini bukan untuk kanak-kanak, tetapi untuk dewasa. Ia membantu meningkatkan penglihatan kepada orang yang mengalami amblyopia. Pendekatan seperti ini banyak mengejutkan pakar mata kerna ianya berhasil sepenuhnya pada orang dewasa.

 

Sumber; myhealth,neinih,eyehealth,allaboutvision, draxe

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang