Siakap Keli

“Ingatkan Pedal Ayam, Boleh Layan Liat-Liat,” Lelaki Luah Rasa Kesal Jumpa Anak Tikus Dalam Lauk Ayam Masak Kicap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman menjijikkan apabila termakan lauk ayam kicap dan menjumpai seekor anak tikus didalamnya.

Kesan daripada insiden itu, Azmi Ali mengalami loya dan muntah-muntah.  Menurut mangsa bukan niatnya ingin menganiaya pemilik warung tersebut, namun sebagai peringatan untuk orang ramai lebih berhati-hati.

Spoil, takde kerjanya aku nak menipu atau fitnah.  Kedainya takleh bagitahu, besok aku pergi settle baik-baik.

Tengahari tadi aku beli la lauk kat satu warung tu.  Biasa memang aku beli situ.  Aku beli ayam merah 2 ketul, ayam kicap 2 ketul.

Beriya-iya aku balik kerja petang tadi ni nak makan.  Dah makan sikit la ayam kicap ni.  Baru 2 suap, aku makan cubit-cubit je ayamnya.

Bila aku amek ayamnya masuk dalam pinggan, aku ingat ada pedal warung tu masukkan sekali.  Jadinya, last nanti aku boleh layan liat-liat pedal itu.

Aku teruslah layan 2 ke 3 suap sambil mata akku tengok kat piring lauk tu.  Pastu aku nak tambah kuah, aku cuit la pakai sudu.  Sekali aku tengok, anak tikus la!

Aku pun apa lagi uwek la. Tekak terus kembang.  Uwek terus.  Wife aku terus turun tanya kenapa.  Aku tak nak bagitahu.  Aku cakap takde apa-apa.  Dia cakap ada telur lalat ke.  Aku cakap ye je.

Esok pagi aku nak pulang balik anak tikus tu.  Uwek!

Lepas uwek terus amek plastik, masukkan anak tikus tu dulu.  Bagi menguatkan bukti beli lauk ayam.  Ayam kat atas pinggan tu masukkan juga dalam plastik.  Sebab tu ada nasi putih panjang-panjang tu, beras basmathi memang panjang pastu dok fikir, baik kasi buat FB macam biasa.

Buka plastik amek gambar, up gambar.  Pastu ada pula mulut longkang cakap aku fitnah.  Aku keluarkan masuk pinggan polistrin.  Amek gambar lagi.  Untuk kuatkan aku tak amek cite atau pakai gambar orang lain.

Aku letak gambar flyers baja sawit aku ada muka aku kat situ.  Aku edit masuk lagi gambar kukuh.  Aku tak aniaya orang.

Sumber: Azmi Ali

Nur Farra