Siakap Keli

Bertuah, Lelaki Temui Mutiara Berharga Dalam Makanan Tengahari

Seorang lelaki terkejut apabila menemui sebutir mutiara berharga ribuan ringgit di dalam makanan tengahari ketika dia sedang menikmatinya di sebuah restoran Manhattan.

Rick Antosh, pergi ke restoran tersebut pada 1 Disember lalu bersama temannya untuk makan tengahari di restoran tiram sebelum keluar dengan sesuatu yang berharga.

“Ini merupakan sajian tiram yang paling sedap yang pernah saya nikmati,” ujarnya yang gembira dengan penemuan itu.

Image result for man find pearl in oyster manhattan

Menurutnya, pada awalnya dia tidak mengunyah tiram tersebut selepas memasukkannya ke dalam mulut berikutan dia merasakan terdapat sesuatu yang berbiji di dalam hidangan itu.

Sebaik sahaja melihat objek bulat itu, Antosh segera menemui tukang masak restoran itu sebelum dia mengesahkan bahawa ianya sememangnya mutiara dan perkara tersebut jarang-jarang berlaku.

Meskipun mutiara itu dipercayai bernilai tinggi, namun Antosh enggan menjualnya dan ingin menyimpannya sebagai kenang-kenangan.

“Saya sememangnya gemar memakan tiram dan mulai dari sekarang saya akan makan hidangan ini dengan lebih kerap dan banyak,” akhirnya.

Sumber: CBS News

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar