Siakap Keli

Sejak November, 21 Remaja Maut Akibat Zakar Dipotong Di Afrika

Cape Town : Seramai 21 remaja lelaki di Afrika Selatan maut akibat zakar dipotong sejak November, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

Sejumlah 17 kes pemotongan zakar yang menyalahi undang-undang dan menyebabkan kematian dilaporkan di Wilayah Cape Timur manakala masing-masing dua kematian di wilayah Barat Laut dan Cape Barat, menurut Kongres Pemimpin Tradisional Afrika Selatan (Contralesa).

Siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar, kata Contralesa.

Contralesa menyalahkan pihak kerajaan kerana “kekurangan sokongan dan kemudahan untuk menjalankan program kesedaran bertujuan mengurangkan jumlah mangsa” lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, keluarga, masyarakat dan pemimpin tradisional digesa untuk memberikan kerjasama bagi memastikan ia dapat dijalankan dalam persekitaran yang kondusif untuk menjamin keselamatan.

Memotong zakar dianggap sebagai amalan suci dalam budaya Afrika, menandakan peralihan lelaki dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.

Setiap tahun, puluhan kanak-kanak lelaki maut dan ramai yang terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam tempoh 10 tahun lalu Afrika Selatan mencatatkan lebih 1,000 kes zakar dipotong.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.