Siakap Keli

Selepas Tewas Dengan Liverpool, Jose Mourinho Akhirnya Dipecat

Kekalahan 3-1 dengan musuh tradisi, Liverpool menjadi kemuncak segala-galanya buat pengurusan tertinggi gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Kelab berkenaan dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan pengendali kelab tersebut, The Special One ataupun Jose Mourinho telah dipecat serta-merta.

”Kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jose diatas sumbangannya dalam tempoh beliau berkhidmat sebagai jurulatih kelab dan mengucapkan maju jaya keatasnya.

”Jurulatih sementara akan dilantik untuk menggantikan Jose sehingga akhir musim bagi membolehkan pihak pengurusan meneliti calon terbaik untuk mengisi kekosongan tersebut sebagai jurulatih sepenuh masa,” kata kenyataan itu.

Mourinho sebelum ini berhadapan dengan tekanan selepas aksi hambar lagi longlai anak buahnya menyaksikan kelab tersebut hanya mengisi kedudukan di pertengahan liga, mengumpul 26 mata selepas 17 perlawanan.

Sumber : Manchester United 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.