Siakap Keli
Gambar : Bernama

Laporan Forensik Adib Siap Beberapa Hari Lagi – Muhyiddin

Polis akan mengeluarkan laporan lengkap forensik kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam beberapa hari lagi, Kata Menteri Dalam Negeri  Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau telah diberi taklimat berhubung laporan tersebut oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Bercakap kepada sumber selepas menyerahkan bantuan persekolahan kepada 550 murid dalam  program Jom Ke Sekolah 2019, peringkat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini, beliau berkata pihaknya akan mempertimbangkan kemungkinan untuk mengumumkan laporan kematian anggota bomba itu kepada umum  mengikut keperluan dan kesesuaian.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan  Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dan beliau meninggal dunia pada 17 Dis.

Mengulas mengenai kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa ​​​​​​​pemimpin DAP, sama ada yang berada dalam kerajaan atau di luarnya akan meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baharu dipinggirkan, Muhyiddin berkata beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Yang penting sekarang bukan perasaan syak wasangka, tetapi semua parti komponen menentukan supaya matlamat Malaysia Baharu dapat dilaksanakan namun ia tidak dapat dilakukan dalam tempoh  hanya setahun.

“Kita nak buat Malaysia Baharu mungkin akan libatkan proses transformasi, refomasi, ubah sikap, bakiti ekonomi dan perbaiki hubungan antara kaum,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.