Laman Starmometer baru-baru ini menyenaraikan pelakon dan juga penyanyi popular tanah air, Fattah Amin dalam senarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018.
Hero filem KL Special Force itu disenaraikan pada kedudukan ke-76 berjaya mengatasi beberapa orang lagi nama besar dunia hiburan antarabangsa antaranya Jung Hae-In (Korea Selatan/79), Cameron Dallas (AS/86) dan pemain bola sepak Perancis, Antoine Griezmann (Perancis/95).

Senarai tersebut meletakkan penyanyi kumpul K-POP, BTS iaitu Jungkook di kedudukan pertama diikuti selebriti negara jiran, Thailand iaitu Krist Perawat di tangga kedua. Menduduki tempat ketiga adalah aktor daripada Filipina, Alden Richards.
Antara nama-nama besar lain khususnya daripada Hollywood yang turut memasuki senarai adalah Chris Hemsworth (Australia/18) yang merupakan pembawa watak Thor dalam siri Marvel. Selain itu, aktor utama Aquaman dalam siri DC Comic, Jason Momoa yang berasal daripada Amerika Syarikat disenaraikan pada kedudukan ke-25.

Tom Hardy yang muncul membawa watak Venom pula menduduki tangga ke-26 diikuti Ryan Reynolds a.k.a Deadpool (AS/29), Chris Evans a.k.a Captain America (AS/31).
Bintang sensasi Portugal dan Juventus, Christiano Ronaldo berada pada kedudukan 20 dan seorang lagi wakil Asia Tenggara daripada Indonesia Joe Taslim berada dikedudukan 30.
Senarai yang dikeluarkan oleh Startometer ini berdasarkan undian peminat atas talian melalui platform Instagram, Facebook dan Twitter.
Sumber: Starmometer