Siakap Keli

(Video) Indonesia Dilanda Tsunami Lagi, Sekurang-Kurangnya 20 Orang Terkorban

Malam tadi sekali lagi Indonesia dikejutkan dengan kehadiran tsunami yang menghampiri Selat Sunda pada jam 9.27 malam.

Setakat ini, pihak Badan Bencana Nasional Indonesia berpendapat bahawa fenomena itu disebabkan oleh kegelinciran plat bawah laut akibat ledakan gunung berapi Krakatau.

Walau bagaimanapun, Sutopo Purwo Nugroho selaku Ketua Pusat pada awalnya menyangka ia hanyalah sekadar air pasang.  Namun, pagi ini beliau dalam status Twitter miliknya mengesahkan bahawa kejadian gelombang malam tadi adalah disebabkan oleh tsunami.

Setakat ini, laporan mendapati seramai 20 orang penduduk berdekatan meninggal dunia, 165 orang telah cedera dan 2 lagi hilang dipukul ombak.

Menurut Sutopo, data korban mungkin akan terus bertambah sepanjang operasi menyelamat dijalankan.

Nur Farra