Siakap Keli

Padah Buat Urutan ‘Tolak Rahim’, Ibu Hamil 30 Minggu Dibedah Tanggung Sakit, Ovari Berpintal

Rahim wanita merupakan bahagian terpenting yang perlu dijaga baik kerana disitulah tempatnya bayi membesar selama 9 bulan.

Pun begitu, ada sesetengah wanita yang mengamalkan urutan ‘tolak rahim’ yang dipercayai membantu menguatkan atau mengembalikan posisi rahim yang dikatakan bergerak.

Persoalannya, perlukah urutan itu dan sejauh mana keberkesanannya?

Bel Nawhen, seorang jururawat berkongsi pengalamannya berhadapan dengan situasi salah seorang pesakit yang menjalankan urutan ini sehingga memberi kesan ketika ingin melahirkan bayi.  Mari baca perkongsiannya semoga bermanfaat.

Berurut dan padahnya.

Waktu saya kerja malam tempoh hari, jam 3 pagi saya assist 1 kes ini.

Ibu hamil kembar 30minggu dikhuatiri mengalami ovari yang berpintal kerana mengadu sakit di bahagian abdomen sebelah kanan dengan skala kesakitannya 8 dari 10. Maka pembedahan perlu dilakukan sebab ibu memang dalam kesakitan.

Apabila buat insisi di bahagian otot, ada darah beku yang mana membuatkan kami tertanya-tanya kenapa pula ada darah beku sedangkan secara normalnya tidak boleh ada pun.

Kredit: Mingguan Wanita

Setelah seluruh kaviti dibuka, dan pemeriksaan dilakukan, kedua-dua ovari dan tiub adalah normal. Jadi, explorasi dilakukan, ada rasa membonjol di bahagian kanan abdomen hingga ke diaphragm. Bonjolan itu rupanya darah beku yang terkumpul di ototnya akibat kecederaan yang berlaku disana. Lebih kurang 250cc darah beku dikeluarkan. Banyak bukan. Patutlah ibu tidak boleh tolerate dengan kesakitannya.

Terus refer ke pakar pembedahan. Pakar pembedahan meminta drain (tiub khas untuk monitor perdarahan) disambung dan abdomen ditutup setelah selesai pengeluaran darah beku.

Selepas pembedahan, interview dilakukan pada suami dan ibu untuk kenalpasti punca berlaku kejadian tersebut. Rupanya si ibu dan suami mengaku telah pergi mengurut kerana menyedari rahimnya sedikit ke kiri dan urutan dilakukan untuk kembalikan kedudukan rahim ke tengah2 kembali.

Gambar Hiasan

Saya tidak tahu bagaimana keadaan rahim kekiri itu dikenalpasti dan bagaimana beraninya yang mengurut itu ‘menolak’ rahim dengan bayi didalamnya. Tidakkah dia tahu beberapa risiko boleh berlaku antaranya keguguran janin?

Entah alat apa digunakan untuk ‘menolak’ rahim diguna. Entah berapa skala kekuatan pula digunakan hingga cedera otot dalam abdomen.

Berurut di bahagian abdomen boleh meransang pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran.

Gambar Hiasan

Jadi, waspada apabila anda merasa kesakitan yang teramat sejurus selepas berurut.

Urutan untuk melegakan ketegangan, mengurangkan stress dan mengurangkan lenguh-lenguh waktu hamil amat membantu, tetapi bila tidak ada keperluan, tidak kena tempat, tidak dilakukan oleh mereka yang berkepakaran, penyakit jadinya.

Sumber:#BelNawhen

Nur Farra