Siakap Keli
Gambar : The Thaiger

Enam Lagi Bom Meletup Di Wilayah Songkla

Songkla : Wilayah Songkla di selatan Thailand terus bergolak apabila enam lagi bom dilapor diletupkan di beberapa daerah di wilayah yang terletak berhampiran sempadan Malaysia -Thailand itu hari ini.

Gabenor Wilayah Songkla Wiranan Penjang berkata letupan terbabit menyasarkan tiang-tiang elektrik namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Kami percaya letupan bom itu berkait dengan kejadian serangan bom di Pantai Samila lewat malam tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Serangan bom hari ini menyebabkan beberapa tiang elektrik tumbang.

Dalam kejadian pada 10 malam semalam waktu tempatan, dua butir bom meletup di Pantai Samila di wilayah ini yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing termasuk rakyat Malaysia.

Sebutir bom itu menyasarkan patung besi ikan duyung di Pantai Samila yang menjadi simbol industri pelancongan wilayah ini manakala sebutir lagi meletup berhampiran patung tikus dan kucing kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pertama.

Gambar : Bernama

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu Wiranan berkata serangan bom malam tadi dipercayai didalangi oleh anggota kumpulan bersenjata Barisan Revolusi Nasional yang aktif di wilayah ini sejak 14 tahun lepas.

“Kedua-dua bom semalam diaktifkan menerusi jam tangan,” kata gabenor itu yang percaya serangan bertujuan memusnahkan ekonomi dan industri pelancongan wilayah Songkla.

Katanya pihak berkuasa tempatan akan meningkatkan kawalan keselamatan termasuk memeriksa kenderaan pengunjung terutama menjelang sambutan tahun baharu Selasa ini.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di