Siakap Keli

(Video) Hampir Mustahil Untuk Dilakukan, Tetapi Lelaki Ini Berjaya Jernihkan Semula Air Tasik Yang Keruh Dan Tercemar

Pastinya kita semua pernah melihat, kebiasaan air tasik yang warnanya agak keruh dan tercemar. Tetapi jika penulis katakan terdapat seorang saintis yang boleh membersih dan menjernihkan air tersebut melalui satu kaedah, adakah anda mempercayainya?

Mungkin kedengaran tidak masuk akal, bagaimana satu tasik yang besar dan keruh, penuh dengan pencemaran parasit mampu menjadi sebuah tasik yang bersih sehingga anda tidak boleh berkelip memandangnya.

Saintis yang bernama Marino dan memiliki PHD dari Universiti Japan ini membuktikan tiada apa yang mustahil.

Idea ini bermula apabila tasik yang menjadi tempat bermainnya pada zaman kanak-kanak telah tercemar. Marino merasakan dia harus melakukan sesuatu pada tasik tersebut supaya keadaannya kembali pulih seperti dahulu. Caranya hanya satu, dia harus ‘membersihkan’ air tasik ini semula.

Melalui kepakarannya sebagai seorang saintis, Marino memperuntukkan sepenuh masanya dalam usaha itu. Dia mengambil cuti dari pekerjaannya dan meminjam dana dari bank supaya impian tersebut dapat direalisasikan.

Terlebih dahulu, dia melakukan percubaan di mana serbuk larutan khas dimasukkan ke dalam secawan air tasik yang kotor. Selepas 15 minit, hasilnya sangat menakjubkan apabila serbuk larutan tersebut berjaya menarik zarah yang tercemar dalam air dan mengapungkannya ke bahagian permukaan.

Setelah percubaan itu berjaya, tiba masanya bagi Marino untuk menguji kaedah tersebut di tasik berkenaan. Jadi, dia mencampurkan beberapa tan serbuk larutan ke dalam tasik itu dengan menggunakan beberapa bantuan teknologi.

”Saya menggunakan kaedah teknologi nano tetapi kaedah tersebut sebelumnya hanya digunakan untuk merawat sisa air kumbahan.

”Tetapi saya mengubahnya dengan mengunakan dalam habitat semulajadi,” kata Marino.

Selepas beberapa bulan berusaha, hasilnya ternyata menakjubkan. Air tasik yang kotor dan tercemar pada mulanya, kini berubah menjadi air yang bersih dan jernih, bebas daripada parasit dan bakteria.

”Ramai tidak menggunakannya kaedah ini kerana ia menelan belanja yang besar dan susah untuk dilakukan tetapi ia tidak mustahil,” jelas Marino lagi.

Hasil daripada tasik zaman kanak-kanaknya yang berjaya dipulihkan, dia kini mempunyai impian yang lebih besar di mana Marino mahu membersihkan tasik terbesar di Peru dengan bantuan seluruh pasukannya.

Tonton video di bawah bagaimana saintis ini berjaya mengubah impian kepada realiti.

Sumber : Twitter Master Bruce

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.