Siakap Keli

”Kakak Tak Nak Apa-Apa, Kakak Nak Papa Je,” Sebak, Hajat Terakhir Ayah Untuk Anak Tak Kesampaian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rezeki, jodoh dan ajal telah ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia, kita harus menerima segala ketentuan-Nya termasuklah jika diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak mudah melaluinya, apatah lagi jika orang tersayang pergi secara tiba-tiba.

Seperti tragedi pilu yang berlaku pada 19 Disember lalu apabila seorang lelaki dilanggar sebuah lori seberat tiga tan. Mangsa yang maut di tempat kejadian dikatakan sedang menukar tayar kereta di Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

Dalam kejadian 6 pagi itu, isteri dan ketiga-tiga cahaya matanya yang berada di dalam kenderaan hanya mengalami cedera ringan.

Namun, hajat terakhir arwah untuk menyambut hari lahir anak sulungnya tidak kesampaian. Hajat tersebut telah ditunaikan oleh ahli keluarganya menerusi satu posting yang dimuat naik oleh adik arwah.

Namun, ucapan anak sulungnya berusia 8 tahun yang sudah mengerti erti kehilangan, ternyata mengundang sebak ramai. Ikuti luahannya adik arwah seperti di bawah. Sebak!

Selamat hari lahir kakak..

Hajat arwah yang tak kesampaian nak balik ke KL untuk sambut birthday anak sulung berakhir dengan tragedi pilu.. kami tunaikan hajat arwah malam tadi..

19.12.2018 arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga serta anak-anak dan isteri..  Ucapan kakak buat kami sekeluarga terasa lagi sebak..

Kakak tak nak smbut hari jadi kakak.. Kakak cuma nak papa je.. Kakak tak nak apa-apa pun.. Kakak janji kakak tak kan nakal lagi..

Al – Fatihah,
Mohd Solehan Bin Mohd Nasir
Tenang la kamu di sana..

Sumber : Siti Hajar Mohd Nasir

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.