Siakap Keli
FB KKM

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan

Tahun baru 2019 menyaksikan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguatkuasakan peraturan larangan merokok di semua kawasan tempat makan di seluruh negara. Larangan juga turut dikuatkuasakan kepada kesalahan menghisap rokok elektronik dan sisha.

Bagaimanapun, pada fasa pertama iaitu Fasa Penguatkuasaan Pendidikan ini KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan. Sebaliknya mereka yang didapati melanggar peraturan baru tersebut akan diberi surat amaran serta nasihat.

Sebaik sahaja tamat fasa pendidikan ini, KKM akan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan baru berkenaan.

Hari pertama penguatkuasaan, sebanyak 1,453 surat amaran telah dikeluarkan dan seramai 3,879 individu telahpun diberikan nasihat. KKM dalam kenyataan yang sama turut menyebut bahawa kementerian menerima sokongan kuat daripada orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung penguatkuasaan peraturan tersebut.

Bagi memastikan peraturan ini dapat dikuatkuasakan sepenuhnya, Pegawai Kesihatan KKM turut akan dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber: KKM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.