Siakap Keli

Ditonton Lebih 45 Juta Kali, Cabaran Filem ‘Bird Box’ Dalam Kehidupan Sebenar, Netflix Keluarkan Amaran

Filem ‘Bird Box’ dihasilkan sepenuhnya oleh Netflix telah mendapat lebih 45 juta tontonan sejak tayangannya Disember lalu.

Walau bagaimanapun, selepas 5 hari tayangan, pihak Netflix mengeluarkan amaran sebaik mendapati orang ramai mula cuba meniru aksi didalam filem berkenaan di kehidupan sebenar.

Bird Box menceritakan kehidupan seorang wanita, Malorie yang cuba untuk meneruskan hidup dengan mata tertutup daripada ancaman entiti misteri.

Selain orang ramai, selebriti YouTube, Morgan Adam, antara yang terjebak dengan cabaran ini dan mengumpul lebih 2 juta penonton dalam masa 5 hari.

“Kami tak percaya yang kami perlu menyatakan ini.  Tapi, TOLONG JANGAN CEDERAKAN DIRI ANDA DENGAN CABARAN BIRD BOX,” kata Netflix dalam satu status Twitter milik mereka.

“Kami tidak tahu bagaimana ia bermula, dan kami hargai sokongan anda.  Kami cuma ada satu harapan, semoga tahun 2019 ini tidak menjadikan diri anda berakhir di hospital disebabkan oleh cabaran ini.”

Nur Farra