Siakap Keli

Tak Pakai Baju, Paut Bumbung, Ibu Tak Sedar Anak 4 Tahun Duduk Atas Kereta Bergerak

Rakaman video ini mengejutkan orang ramai apabila menunjukkan seorang kanak-kanak hanya memakain seluar dalam berpaut pada bumbung kereta yang sedang bergerak milik ibunya.

Saksi yang menyaksikan perkara itu berusaha mendapatkan perhatian ibunya serta pemandu lain yang cuba menyalakan lampu tinggi di sepanjang jalan raya di Perth, Australia.

Salah seorang saksi memberitahu bahawa dia kecut perut melihat kanak-kanak itu berada diatas bumbung selama hampir 10 minit tanpa si ibu menyedari keberadaan anaknya.

“Anak itu kelihatan baik dan seronok.”

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap video yang tular di media sosial.

Dipercayai ibu kanak-kanak itu terkejut dan mendapatkan anaknya dengan segera selepas menyedari perkara itu.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra