Siakap Keli

Majikan Individu Hina Agong Mohon Maaf, Maklumkan Pekerja Itu Sudah Tidak Bersama Mereka Lagi

Insiden komen-komen negatif yang ditujukan terhadap pemerintah negara bukan isu baharu. Buka sahaja media sosial dan lihatlah dimana-mana sahaja kiriman yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertentu, sudah pasti ada komen jelik yang ditinggalkan oleh segelintir netizen.

Terbaru adalah komen yang ditinggalkan seorang lelaki di atas kiriman sebuah portal berita di facebook berhubung keputusan Baginda Sultan Kelantan melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong XV semalam.

Tindakan itu telah menyebabkan amarah rata-rata netizen yang tidak berpuas hati terhadap si pelakunya.

Selain cuba untuk mendedahkan identiti individu tersebut, majikan tempatnya bekerja turut terkesan diatas apa yang terjadi.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa si pelaku tidak lagi bekerja di syarikat itu dan meminta maaf.

“Kenyataan tersebut dibuat diluar kawalan peribadi dan tidak mewakili pihak kami.  Kami sangat menyesal diatas kesulitan yang disebabkan oleh individu tersebut dan meminta maaf.  Dia juga tidak lagi bekerja dengan syarikat kami.”

Nur Farra