Siakap Keli
AstraZeneca Menarik Balik Vaksin
Kredit: AFP

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin Covid-19 Dari Seluruh Dunia

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin Covid-19 Dari Seluruh Dunia

Syarikat farmaseutikal gergasi vaksin COVID-19, AstraZeneca dilapor telah menarik balik vaksin keluarannya dari pasaran seluruh dunia, lapor Telegraph.

Permohonan untuk menarik vaksin berkenaan dibuat pada 5 Mac lepas dan berkuat kuasa pada 7 Mei,

Selepas penarikan semula ‘kebenaran pemasaran’ secara sukarela tersebut, vaksin itu kini tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah.

Manakala permohonan yang sama akan dikemukakan di United Kingdim (UK) dan negara-negara lain yang telah meluluskan vaksin tersebut, yang dikenali sebagai Vaxzevria sebelum ini.

Dalam pada itu, AstraZeneca menjelaskan penarikan semula vaksin berkenaan dibuat atas faktor komersial.

Ujar syarikat itu lagi, vaksin berkenaan kini tidak lagi dikeluarkan atau dibekalkan, dan vaksin terkini sudah tersedia untuk menangani varian yang baru muncul.

“Memandangkan pelbagai jenis vaksin COVID-19 telah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin yang dikemas kini yang tersedia.

“Ini telah menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria yang kini tidak lagi dikeluarkan atau dibekalkan.

“Oleh itu, AstraZeneca telah mengambil keputusan untuk memulakan penarikan semula kebenaran pemasaran di Eropah,” kata syarikat pengeluar vaksin tersebut.

Dalam pada itu, AstraZeneca menjelaskan bahawa penarikan vaksin berkenaan tiada kena mengena kes yang sedang berjalan di makhkamah atau dengan isu yang timbul baru-baru ini.

BACA: Polis Buru Suspek Pecah Cermin Kereta Safiq Rahim Guna Tukul

Sumber: Telegraph

Athirah

When nothing goes right, go left.