Siakap Keli

Selepas Cisco ASEAN, Giliran Staf TNB Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Hina Agong

Tidak cukup dengan hinaan yang dibuat oleh pekerja Cisco ASEAN terhadap keputusan yang Baginda Sultan Kelantan meletak jawatan sebagai Agong, kini tular pula komen menghina yang dibuat oleh sepasang suami isteri dimana salah seorangnya merupakan warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jika tadi Cisco mengesahkan perkerja yang mengeluarkan kenyataan tersebut sudahpun dipecat, TNB dalam satu kenyataan juga mengambil perhatian serius terhadap insiden dan sedang menjalankan siasatan terhadap pekerjanya.

”TNB telah pun menerima aduan mengenai kenyataan yang dibuat melalui akaun media sosial salah seorang pekerja kami.

”TNB adalah syarikat yang mengutamakan nilai-nilai murni dan integriti tinggi. Kami tidak menggalakkan kelakuan sebegini dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Kami memohon maaf di atas kejadian yang berlaku,” kata kenyataan tersebut.

 

Terdahulu, seperti biasa, netizen yang berang dengan komen menghina tersebut telah mendedahkan beberapa butiran peribadi pasangan suami isteri tersebut termasuklah maklumat tempat kerja.

”Dah penat tipu rakyat kot. Biarkan sahaja. Semoga tiada lagi keluarga diraja,” dalam satu komen menghina yang ditinggalkan oleh si isteri terlebih dahulu.

Tweet yang sama juga kemudian dijawab oleh si suami dengan kata-kata ”F**k royals” dipercayai membawa maksud ‘pergi jahanam keluarga diraja’.

Lebih menarik, berdasarkan kiriman yang dibuat netizen, salah seorang daripada pasangan suami isteri tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan pemimpin diperingkat tempatan daripada sebuah parti politik.

Ini merupakan insiden ketiga yang mendapat liputan meluas selepas insiden penghinaan terhadap kematian anggota Bomba, Muhammad Adib tahun lepas dan insiden staf Cisco ASEAN.

Sumber: TNB, CLKM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.