Siakap Keli

”U-Turn Kali Ini Saya Sambut Baik”, Najib Sokong Kadar Sewa Kuaters Kerajaan Tidak Jadi Dinaikkan

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai keputusan Perbadanan Putrajaya yang mahu menaikkan sewa kuaters Blok F dan G di Presint 11 daripada RM 400 kepada RM 800.

Antara pihak yang turut bercakap mengenai isu tersebut adalah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui perkongsian di facebook.

Bagaimanapun, Perbadanan Putrajaya melalui satu kenyataan membatalkan keputusan tersebut dan mengumumkan tiada kenaikkan sewa.

Najib yang terkenal dengan ‘sindiran’ pedasnya terhadap kerajaan sejak kebelakangan ini sekali lagi meninggalkan respon terhadap keputusan ‘u-turn’ yang sekali lagi dibuat oleh kerajaan.

”Pagi ini, syarikat milik kerajaan itu sudah menarik balik keputusan itu. U-turn lagi. Tetapi U-turn kali ini saya sambut baik,” katanya.

Beliau pada yang sama turut berharap kerajaan membuat ‘U-turn’ yang baik sekali lagi dengan meneruskan kenaikkan satu gaji tahunan yang dijanjikan oleh kerajaan terdahuku tetapi dibatalkan oleh Pakatan Harapan setelah mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat.

”Harap juga boleh U-turn satu kali lagi dan membenarkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam yang sepatutnya berlaku pada 1 Julai tahun lepas jika BN menang tetapi telah dibatalkan oleh PH,” katanya lagi.

Beberapa orang netizen juga dilihat meninggalkan komen yang menyokong cadangan yang diutarakan oleh Najib.

”Ya, sila u-turn untuk kenaikkan gaji penjawat awam. Besar maknanya dan sangat membantu,” kata salah seorang netizen.

”Gaji sama, tapi harga barang meningkat, tolong usahakan DSN,” kata seorang netizen yang lain.

Dalam satu kenyataan, Perbadanan Putrajaya mendapati bahawa kenaikkan kadar sewa yang dirancang tersebut tidak sesuai untuk dilaksanakan buat masa sekarang.

Kiriman 4 jam lalu sehingga kini sudah disukai lebih daripada 5 ribu pengguna facebook dan dikongsi lebih 700 kali.

Sumber: Najib Razak

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.