Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

‘Neraka’ 48 Jam, Pelajar Kritikal ‘Diratah’ Enam Lelaki Sebelum Dicampak Ke Dalam Hutan

Tragis dan kejam. Begitulah apa yang berlaku terhadap seorang pelajar perempuan apabila dia menjadi tempat melempiaskan nafsu serakah sekumpulan lelaki bernafsu binatang selama dua hari sebelum dia ditinggalkan di sebuah hutan di India.

Gadis tersebut yang merupakan pelajar kejuruteraan berusia 20 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu, ditinggalkan dalam keadaan kritikal selepas diserang secara seksual pada 30 Disember lalu.

Mangsa memberitahu kepada pihak polis bahawa kejadian itu bermula apabila seorang lelaki yang mengaku sebagai rakan kepada abangnya, mendekatinya ketika dia sedang menunggu tren di stesen seorang diri.

Gambar : Dailymail

Suspek memperdayakan mangsa dengan memberitahu perkhidmatan tren ke destinasi yang mahu dituju mangsa tergendala berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dan menawarkan diri supaya mangsa mengikutinya.

Mangsa yang mengikuti suspek, tersedar apabila dia dibawa menuju ke arah yang salah. Namun, suspek meminta mangsa untuk turun di stesen lain dan menaiki bas untuk ke destinasinya.

Apabila mangsa keluar dari tren, suspek terus mengheretnya ke rumah berdekatan di mana kejadian tersebut berlaku.

Menurut polis, ketika di rumah itu, lima lagi lelaki lain menyertai suspek dan memperkosa mangsa dengan kejam secara bergilir-gilir lebih dari 48 jam.

Lebih tragis, mangsa ditinggalkan tanpa belas kasihan di tepi hutan berhampiran pada 1 Januari lalu. Mujurlah, orang awam menemui mangsa dan bergegasnya menghantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Polis sedang menjalankan siasatan tetapi sehingga kini dilaporkan masih lagi tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sumber : Dailymail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.