Siakap Keli

Apa Ibu Bapa Perlu Buat Kalau Anak Alami Beguk? Ini Lima Tips Rawatan Yang Dikongsi Doktor Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu kan dengar penyakit bengkak pipi atau beguk ini? Di kalangan masyarakat kita bukanlah asing lagi. Beguk atau ‘mumps’ merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Iya… virus!

Ia akan menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar di bahagian pipi disebut sebagai parotid. Penyakit ini mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Related image
Gambar hiasan

Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 5 hari selepas pembengkakan bermula.

Jika anak anda mengalami masalah beguk, apa perlu anda buat?

Ikuti perkongsian dari doktor pakar ini tentang lima kaedah merawat masalah beguk yang boleh anda lakukan di rumah.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Gambar hiasan

5 langkah yang boleh diambil sekiranya anak-anak mengalami beguk:

1. Berikan anak ubat untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan juga sakit di kawasan pembengkakan. Pembengkakan adalah disebabkan oleh masalah kelenjar liur yang membengkak.

2. Berikan air yang cukup kepada anak untuk mengelakkan dehidrasi. Ini kerana anak yang mengalami masalah beguk akan cenderung untuk tidak mengambil makan dan minum akibat sakit.

3. Tidak menghantar mereka ke sekolah dan taska serta tempat-tempat awam. Jangkitan lebih mudah berlaku.

4. Gunakan bungkusan ais atau bungkusan pak air panas untuk mengurangkan kesakitan. Letakkan tuala nipis pada bungkusan untuk melindungi kulit pesakit.

Image result for child mumps
Gambar hiasan

5. Sekiranya anda mendapati saiz beguk semakin membesar dan tidak ada tanda-tanda untuk surut, dapatkan segera rawatan di klinik dan hospital dan doktor. Jangan biarkan di rumah.

Ramai orang kita ini gemar guna cecair seperti nila dan bermacam-macam lagi rawatan tradisi untuk menyusutkan bengkak. Saya tak kata tak boleh nak cuba. Tapi jangan sampai dah bengkak sampai ke tahap tak boleh buka mulut, tak boleh menelan makanan akibat terlalu sakit, masih lagi lakukan perkara-perkara seperti ini. Bahaya!

Adakalanya, rawatan bersama doktor perlu disegerakan.

Macam itulah. Moga bermanfaat.

Dr Ezairy M.Sallih (Doktor telinga, hidung & tekak)

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar