Siakap Keli

Apa Rahsia Disebalik Perkataan ‘A113’ Dalam Setiap Filem-filem Animasi Disney & Pixar

Dalam sedar atau tidak, terdapat satu perkataan yang telah diletakkan di dalam beberapa filem animasi keluaran Disney atau Pixar iaitu perkataan ‘A113’. Perkataan ‘A113’ ini boleh dilihat dalam beberapa filem animasi terkenal termasuklah Toys Story, A Bug’s Life dan Finding Nemo. Disini kami selitkan terlebih dahulu skrin-skrin yang mana perkataan ‘A113’ itu dikenalpasti :

No plat kereta di filem Toys Story

Tulisan di sebuah kotak di filem A Bug’s Life

Kamera di dalam Filem Finding Nemo

Nombor keretapi di dalam filem Cars

Nombor plate Mater dalam filem Cars

Tag telinga di seekor tikus dalam filem Ratatouille

Kod bagi protokol ‘Abandon Earth’ dalam filem Wall-E

Nombor mahkamah di dalam file Up

Nombor pesawat di dalam filem Cars 2

Sebenarnya, perkataan ‘A113’ merujuk kepada nombor sebuah kelas di California Institute of Arts. Kelas ini adalah tempat dimana pelajar tahun pertama bagi jurusan rekabentuk grafik dan animasi karakter belajar tentang animasi dan kebanyakan pelajar-pelajar tersebut akan memenuhi studio di Pixar dan Disney selepas mereka habis pembelajaran mereka.

Dengan meletakkan A113 di dalam filem animasi, pelajar-pelajar yang turut berada dalam kelas ‘A113’ akan merasa bangga dan juga akan merasa hormat kepada rakan sekelas mereka yang terlibat dalam pembikinan filem berkenaan

Mohd Firdaus

Tak Makan Ikan Siakap Dan Ikan Keli

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di