Siakap Keli
Gambar : Facebook Sumber

Kereta Saya Dulu Ini Pernah Total Lost, Tiba-Tiba Jumpa Iklan Kereta Terpakai Kata ‘Free Accident’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Kereta terpakai seringkali menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu membeli kereta baru. Ditambah dengan keadaan kereta terpakai yang kelihatan seprti baru, ramai yang gahirah membelinya tanpa memeriksa latar belakang kenderaan itu terlebih dahulu.

Walaupun tertera di dalam iklan mengatakan kenderaan itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan, jangan ambil langkah mudah dengan terus mempercayainya kerana bimbang anda menjadi mangsa penipuan.

Seperti kes terbaru yang berlaku ini, sepasang suami isteri terkejut apabila kereta milik mereka yang telah mengalami kemalangan dan diisytiharkan ‘total lost’ dijual semula di sebuah laman web jual beli dengan mendakwa bahawa kereta itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan. Moga perkongsian ini menjadi pengajaran kepada semua agar tidak terpedaya dengan penjual yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Hati-hati dengan beli kereta second hand.

Gambar di bawah yang kemek(rosak) tu 27 Januari tahun 2016 wife saya accident di tol Jelapang Ipoh. Toyota declare total lost. Dan kami dapat pampasan full settle payment untuk loan dan sedikit duit lebih.

Gambar : Facebook Sumber

Gambar di bawah yang cantik dengan iklan mudah tu ialah hari ini. Wife saya dihubungi oleh seorang polis yang berminat dengan iklan  itu. Dia mahu membeli kereta tu, tapi mahu check terlebih dahulu. Iklan di mudah dia promosi free accident, low mileage.

Gambar : Facebook Sumber

Ye,, memang low mileage sebab masa tu 40k lebih je mileage dan berusia setahun lebih sahaja. Wife saya ceritakan total lost dan BER ( BEYOND ECONOMICAL REPAIR). Terus polis tu tak jadi beli. Walaupun nama second tu bukan nama wife saya, sebab dia first owner. So polis tu call untuk kepastian.

Gambar : Facebook Sumber

So hati-hati la nak beli second hand. Check dulu elok ke tak. Chasis semua dah lari, bukan apa. Untuk keselamatan kita. Yang check tu abang polis. Yang kita ni macam mana la nak check.

Sumber : Pemilik minta rahsiakan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.