Siakap Keli

Bayi 2 Tahun Jatuh Terperangkap Dalam Lubang 250 Kaki Selama Seminggu, Pasukan Penyelamat Berharap Dia Masih Hidup

Ini gambar pertama seorang bayi lelaki dari Sepanyol berusia dua tahun yang telah terperangkap di kedalaman jarak 250 kaki selama hampir seminggu.

Bayi ini dipercayai terjatuh ke dalam lubang tersebut, sebelum disedari hilang.  Jurutera yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat, Angel Garcia, berkata mereka berharap dapat sampai kepada bayi tersebut sebelum perkara tak diingini terjadi.

Garcia berkata apabila lubang itu mencapai kedalaman di mana penyelamat percaya keberadaan bayi berkenaan, dua atau tiga pakar perlombongan akan diturunkan dalam sangkar supayamereka boleh mula menggali terowong mendatar sepanjang 13 kaki dan membuat laluan menuju kepada bayi itu.

Bayi itu dipercayai berada di bawah 236 kaki, di mana telaga itu disekat dengan tanah.

Nur Farra