Siakap Keli
KLXpress

Sistem Kami Masih Tergendala Buat Masa Ini – BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman facebook mereka memaklumkan bahawa sistem milik mereka masih tergendala buat masa ini.

Bagaimanapun bank berkenaan menjelaskan bahawa transaksi bagi gaji Akauntan Genaral (AR) dan pencen masih boleh dilaksanakan.

”Pengeluaran boleh dibuat dengan hadir di mana-mana cawangan BSN dengan membawa Kad Pengenalan dan BSN Debit Kad untuk pengeluaran yang terhad sebanyak RM500.00 sahaja sehari,” kata kenyataan itu.

Manakala bagi transaksi akaun pelajar pula, pengeluran terhad kepada RM 200 sehari boleh dibuat dengan menghadiri mana-mana cawangan BSN dan membawa Kad Pengenalan, Kad Pelajar dan BSN Debit Kad.

BSN pada masa yang sama juga memaklumkan bahawa masalah yang dialami oleh sistem mereka masih berada dalam proses pemulihan.

Justeru, BSN memohon maaf kepada semua pelanggannya dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Portal berita dunia teknologi tempatan, Wiser.my semalam melaporkan bahawa perkhidmatan seperti ATM, CDM, MEPS MyBSN dan Ejen Bank BSN yang ditawarkan oleh BSN telah mengalami gangguan.

Sumber: BSN, Wiser.my

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.