Siakap Keli

Percaya Cakap Bomoh Dakwa Anak Dirasuk, Suami Isteri Tergamak Tanam Bayi Hidup-Hidup

Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat seorang bomoh, sepasang suami isteri di India sanggup menanam anak mereka yang masih bayi hidup-hidup.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat lalu. bayi malang yang baru berusia 20 hari itu ditanam oleh ibu bapanya yang percaya bahawa dia di rasuk sehingga perlu ditanam sehingga mati.

Bayi tersebut berada di bawah tanah selama sekitar tiga jam sebelum tangisannya mula didengari oleh penduduk kampung.

Beberapa orang penduduk mula bergegas mencari arah datangnya suara tangisan bayi tersebut sebelum menemuinya dan segera dibawa ke hospital berdekatan.

Menurut polis, siasatan yang dijalankan mendapati mangsa ditanam oleh kedua ibu bapa kandungnya yang dibantu dua saudara lain di atas arahan seorang bomoh.

Kesemua mereka yang disyaki terlibat kini berada dalam tahanan polis.

Sumber: Mirror

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar