Siakap Keli

Salah Sangka Ingatkan Isteri Rosakkan Patung Figura Aksinya, Lelaki Mengamuk Rosakkan Rumah Guna Kapak

Seorang lelaki di Madison diberkas polis selepas mengamuk dan merosakkan rumahnya kerana menyangka isterinya merosakkan patung figura aksi miliknya.

Lelaki berusia 34 tahun itu sebenarnya salah sangka terhadap isterinya sebelum mula mengambil kapak dan memusnahkan barang-barang yang ada di rumah itu.

Selain memusnahkan barang-barang di dalam rumah seperti televisyen, komputer riba, perabot dan sebagainya, lelaki tersebut keluar ke halaman rumah dan merosakkan kereta mereka.

Menurut pihak polis, mereka menerima panggilan kecemasan dari lelaki tersebut yang mengakui tindakannya merosakkan harta benda miliknya dah meminta polis datang ke lokasi kejadian.

Image result for action figures

Dia turut mengakui sedang dalam keadaan mabuk dan menuduh isterinya merosakkan patung figura aksinya.

Ketika sampai di rumah tersebut, polis menemukan kapak yang digunakan untuk memusnahkan barang di bahagian atap kereta.

Lelaki tersebut diberkas serta merta atas kesalahan yang dilakukan dan dimasukkan penjara.

Sumber: New York Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar