Siakap Keli
Sumber: Twitter @83Fitnes

Bandar Labuan Dilanda Banjir Kilat

LABUAN, 27 Jan (Bernama) — Beberapa kawasan rendah di bandar Labuan ditenggelami air ekoran hujan lebat selama beberapa jam malam tadi.

Hujan lebat itu menyebabkan air melimpahi jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas di kawasan bandar hingga ke beberapa buah perkampungan.

Pergerakan trafik terhenti apabila air naik sehingga ke atas paras buku lali. Kawasan yang terlibat ialah di Jalan Muhibbah, Jalan Tun Mustapha, Jalan Jati, bersebelahan Hotel Labuan, Dataran Labuan dan Medan Selera Labuan.

Penduduk setempat mengadu tentang longkang tersumbat yang menjadi punca banjir kilat itu.

Mereka berkata kegagalan menyelenggara longkang sehingga tersumbat menyebabkan air mudah bertakung apabila hujan lebat.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.