Siakap Keli

Bosan Dengan Peminjam Yang Liat Bayar Hutang, Pihak Berkuasa Guna Kaedah Ini Untuk Malukan Mereka

Sebuah kaedah kontroversi digunapakai oleh pihak berkuasa di daerah Heijiang, China selepas bosan dengan karenah peminjam yang liat untuk membayar hutang mereka.

Mereka menggunakan kaedah menayangkan wajah dan nama peminjam dalam sebuah klip pendek di pawagam sejurus sebelum tayangan filem bermula.

Klip yang disebut ‘Reel of Shame’ itu mempunyai watak animasi yang mengajak penonton untu melihat ‘laolai’ sebelum memaparkan muka, nama dan butiran peminjam pada skrin besar dalam pawagam tersebut.

‘Laolai’ merujuk kepada peminjam yang gagal membayar hutang mereka tepat pada waktunya.

Bagi memastikan cara tersebut berkesan, pihak berkuasa memilih untuk mempamerkan wajah-wajah peminjam di panggung wayang yang berhampiran kawasan tempat tinggal mereka.


“Memalukan mereka secara umum telah menjadi kaedah yang semakin meluas untuk menghukum laolai, bersama hukuman lain kerana gagal membayar balik pinjaman, termasuk senarai hitam dan sekatan perjalanan,” ujar Pengarah Penguatkuasa Pengadilan Hejiang, Li Qiang, yang dipetik dari laporan The Cover.

“Bagi penonton di pawagam, kami secara khusus memilih untuk mendedahkan nama penghutang di kawasan rumah mereka supaya ia lebih tepat kepada sasaran dan hasilnya akan lebih berkesan.”

Menariknya, Reel of Shame adalah salah satu daripada beberapa kaedah memalukan secara umum yang digunakan di China.

Pada tahun lalu, kerajaan melancarkan sistem nasional yang membolehkan nama peminjam, nombor kad pengenalan, gambar, alamat rumah dan amaun yang perlu dibayar penghutang disebarkan kepada umum melalui pelbagai saluran sebagai cara memaksa mereka membayar hutang.


Sumber- OddityCentral

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar