Siakap Keli

Lucut Hak Malaysia Selaku Tuan Rumah, ‘Bawang Army’ Serang FB IPC

Susulan pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) untuk melucutkan hak Malaysia selaku tuan rumah acara Kejohanan Renang Para Dunia 2019, netizen yang sinonim dengan gelaran ‘Tentera Bawang’ telah bertindak ‘menyerang’ laman facebook badan tersebut.

Rata-rata netizen meninggalkan komen tidak kisah dengan penarikkan tersebut asalkan tiada warganegara Israel yang dibenarkan masuk ke tanah air.

”Kami tidak kisah. Kami hanya pedulikan soal kemanusian terhadap saudara kami di Palestin,” kata pemilik akaun Ir Zikri Zaini.

”Rakyat Malayasia tidak peduli. Kami menentang Israel dan menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin. Alah, setakat hilang hak penganjuran, apa hal. Kami ada kolam sendiri, biar kami berenang-renang ke tepian bersama-sama. Yang penting, bangsa Israel bukan dalam kolam yang sama,” kata pemilik akaun Zainatun Naaemah Hussin.

Manakala beberapa orang netizen yang lain turut meninggalkan komen dengan nada serupa.

”Hello, saya daripada Planet Xandar. Saya bersama-sama Malaysia dan Palestin. Kami Xandarians tidak pernah mendengar mengenai Israel, adakah itu sejenis makanan? Tolong jelaskan pada saya,” kata Zulfikah Wahid dengan nada jenaka.

”Jujurnya rakyat Malaysia tidak kisah. Ia bukan hal politik tapi hanya semata-mata kerana negara Israel itu tidak pernah wujud,” kata akaun bernama Sherry Ahmad.

Terdahulu IPC telah mengumumkan penarikkan semula hak Malaysia sebagai tuan rumah acara tersebut setelah kerajaan bertegas tidak membenarkan atlet daripada Israel daripada turut serta acara tersebut memandangkan kedua-dua negara tiada hubungan diplomatik dan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sah.

Perkongsian yang dibuat oleh IPC dilaman facebook mereka sejak 3 jam yang lalu sudahpun mendapat lebih daripada 16 ribu komen (setakat 10 malam) dan dikongsi lebih seribu kali, rata-ratanya oleh netizen daripada Malaysia.

BACA: Isu Atlet Israel, IPC Lucutkan Hak Malaysia Sebagai Tuan Rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019

Sumber: IPC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.