Siakap Keli

Terlalu Asyik Menghadap Telefon Bimbit Selama 20 Jam, Wanita Ini Diserang Strok

Seorang wanita di China terpaksa dikejarkan ke bilik kecemasan selepas diserang strok akibat menggunakan telefon bimbitnya selama 20 jam tanpa henti.

Wanita berusia 47 tahun itu dibawa ke Hospital Universiti Jinan selepas tidak berhenti menggunakan telefon bimbitnya ketika berada dalam sebuah kereta api menuju ke Guangzhou pada 13 mac lalu.

Menurut doktor, wanita ini mengalami pendarahan di bahagian otak hampir dua sentimeter dan punca insiden itu berlaku dipercayai berlaku kerana pesakit berada dalam keadaan statik yang lama dan hanya bermain dengan telefon bimbitnya.

Pihak doktor mengeluarkan darah dua kali ganda berbanding pesakit biasa yang mengalami strok otak.

Dalam pada itu, selepas pembedahan wanita itu memberitahu dia tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.

Bagaimana pun doktor mendedahkan semakin ramai jumlah pesakit yang mengalami situasi yang sama hari ini.

Sumber- South China Morning Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar