Siakap Keli
PHOTO COUPE DU MONDE DE LA PÂTISSERIE

Tiga Chef Malaysia Bawa Pulang Trofi Berprestij Piala Dunia Pastri 2019 Dari Bumi Perancis

Tiga chef Malaysia berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya membawa balik trofi Piala Dunia Pastri 2019 yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari lepas di Lyon, Perancis.

Kejayaan yang dirangkul oleh ketiga-tiga chef pastri, Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi lebih manis selepas berjaya mengatasi wakil tuan rumah yang sebelum ini bergelar juara untuk edisi 2017.

PHOTO COUPE DU MONDE DE LA PÂTISSERIE

Di tempat kedua adalah wakil daripada Jepun yang diwakili oleh Fumiaki Ito, Mirai Nishiyama dan Ryohei Oguma manakala pingat gangsa dibawa pulang oleh Lorenzo Puca, Maria Cortinovis dan Andrea Restuccia selaku wakil Itali.

Bagi edisi kali ini, wakil Malaysia bersaing sengit dengan 21 wakil daripada negara berbeza untuk merebut trofi paling berprestij dalam dunia penghasilan pastri.

PHOTO COUPE DU MONDE DE LA PÂTISSERIE

Setiap negara yang diwakili 3 peserta mempunyai masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa juadah antaranya 3 pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencucui mulut dihidang diatas pinggan dan 3 pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.

Buat kali pertama disepanjang penganjuran kejohanan tersebut, kali ini penganjur menampilkan kelainan apabila setiap hidangan perlu mencerminkan gaya hidup vegetarian.

Tahniah kepada Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi.

PHOTO COUPE DU MONDE DE LA PÂTISSERIE

Sumber: Fine Dining Lovers

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.