Siakap Keli
Gambar Hiasan

Amerika Syarikat Bakal Jadi Negara Pertama Benarkan Abu Mayat Dijadikan Baja Tanaman

Penduduk di Washington, Amerika Syarikat mungkin menjadi yang pertama di dunia untuk mengguna pakai abu mayat sebagai baja kompos untuk tanaman sekiranya satu bil yang diusahakan kerajaan tempatan mendapat kelulusan majoriti.

Undang-undang berkenaan yang sedang menanti kelulusan daripada dewan perundangan negeri direncana sebagai alternatif  ‘mesra alam’ untuk kaedah pengebumian mayat.

Malah, sebuah syarikat baru yang dikenali sebagai Recompose juga sudah didirikan bagi menawarkan perkhidmatan pemprosesan abu mayat sebagai baja kepada penduduk-penduduk tempatan.

”Realiti alam sekitar ketika ini menuntut kita untuk membangunkan kaedah baru yang lebih mesra alam dalam menguruskan mayat,” kata CEO Recompose, Katrina Spade.

Dalam proses ini, mayat-mayat akan diletakkan dengan bahan semula jadi lain dalam tempoh beberapa minggu untuk terurai. Ahli keluarga si mati juga diberi kebenaran untuk menyimpan sisa-sisa mayat selepas proses penguraian.

Recompose ketika ini sudahpun berjaya memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Ekologi dalam proses ujian yang dilakukan terhadap lima mayat yang didermakan oleh keluarga si mati sebelum ini.

Pengumuman kaedah baru ini dibuat berikutan kaedah sebelum ini yang menyuntik bahan kimia dalam badan mayat sebelum dikebumikan didakwa telah mencemarkan tanah, manakala kaedah pembakaran biasa pula membebaskan asap ke udara.

Sumber: The Spokeman Review

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.