Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

Murninya Hatimu Anak, Baru Berusia 4 Tahun, Anak ‘Istimewa’ Ini Gigih Jaga 3 Abang Kelainan Upaya

Dia mungkin dilahirkan dalam keadaan ‘istimewa’ tetapi kekurangan itu tidak menjadi penghalang dari membantu menjaga tiga adik-beradiknya yang kurang upaya.

Kegigihan Simon Clark, seorang kanak-kanak Sindom Down yang berusia 4 tahun ini ternyata menyentuh hati ramai.

Dia yang berasal dari Bulgaria dan masih belajar bertutur dalam Bahasa Inggeris, diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga di U.S.

Ibu bapa angkatnya, Jeremy dan Nicole mempunyai tiga anak kurang upaya di rumah mereka di Salt Lake City, Utah. Namun, sejak Simon berhijrah ke Amerika dan masuk ke dalam keluarga itu, dia membantu meringankan beban ibu bapanya.

Seakan mengerti, Simon perlahan-lahan menyuapkan makan dan memakaikan baju abangnya Alex, 6, yang turut mempunyai masalah Sindrom Down. Dua lagi abangnya, Jon dan David masing-masing berusia lima dan enam tahun pula menderita penyakit Cerebral Palsy.

Gambar : Mirror UK

Tersentuh dengan kemurnian hati Simon, kedua ibu bapanya sering merakam rutin harian Simon dalam menguruskan hal rumah meskipun dia sendiri mempunyai masalah kesihatan.

Malah, Simon turut membantu ibu bapanya mencuci pinggan mangkuk dan menurunkan dua abangnya yang menderita penyakit Celebral Palsy dari katil kerana mereka tidak boleh melakukannya sendiri.

Gambar : Mirror UK

Ketika waktu bermain, kata ibu bapanya, Simon akan meluangkan masa bersama tiga abangnya di ruang tamu dan taman di rumah mereka.

Jeremy yang merupakan seorang guru pendidikan fizikal dengan mempunyai pengalaman melatih kanak-kanak kelainan upaya berkata, Simon atau nama asalnya Zadock merupakan anak angkat keempat mereka dari Bulgaria.

“Dia seronok menemani abangnya, dia bermain dengan mereka dan menjaga ketiga-tiga abangnya itu,” kata Jeremy.

Menurut Jeremy, walaupun Simon masih tidak tahu berbahasa Inggeris, dia paling fasih bercakap dari adik beradiknya yang lain dan boleh memanggil ‘ibu’ dan ‘bapa’.

“Dia masih belajar tetapi kami berdua yakin Simon boleh menguasai bahasa itu nanti namun adik-beradiknya yang lain tidak terlalu boleh,” katanya.

Gambar : Mirror UK

Difahmkan, pasangan itu membuat keputusan di awal perkahwinan mereka untuk memiliki sebuah keluarga besar melalui pengambilan anak angkat.

Walaupun kata Jeremey, membesarkan empat anak kelainan upaya bukannya satu tugas yang mudah namun mereka bahagia dapat menabur bakti membesarkan anak-anak yang tidak bernasib baik ini.

Sumber : Metro

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.