Siakap Keli

Anak Saman Ibu Dan Ayah Sendiri Kerana Lahirkannya Ke Dunia Tanpa Izin

Seorang lelaki berusia 27 tahun berasal dari New Delhi, India bertindak menyaman kedua-dua ibu bapanya sendiri kerana mendakwa mereka berdua melahirkannya kedunia tanpa meminta izin daripadanya terlebih dahulu.

Pemuda berkenaan yang bernama Raphael Samuel adalah seorang anti-natalism, iaitu fahaman bahawa melahirkan seseorang tanpa meminta kebenaran daripada anak yang dilahir adalah salah dari segi moral.

Menurut Samuel, dia tidak mempunyai masalah mengenai menjadi bayi atau tentang kehidupan, bagaimanapun berpendapat mana-mana nyawa yang tidak diberi pilihan sama ada untuk dilahirkan ke dunia atau sebaliknya tidak patut ‘diatur’ oleh ibu bapa supaya dilahirkan kedunia.

Kanak-kanak ini jika memilih tidak dilahirkan antaranya tidak perlu berhadapan dengan kepayahan hidup. Samuel sendiri menganggap dirinya sebagai mangsa keadaan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku-liku hidup.

”Saya mahu memberitahu semua orang, anda tidak berhutang apa-apa dengan ibu bapa anda. Saya menyayangi ibu bapa saya dan kami mempunyai hubungan yang baik tetapi saya dilahirkan hanya untuk mereka merasa gembira kerana memiliki anak.

”Hidup saya sangat baik, tetapi saya tidak nampak kenapa saya perlu ke sekolah, mencari kerja dan sebagainya. Ia tak wujud jika saya tak dilahirkan,” katanya.

Samuel kini giat mempromosikan gerakkannya melalui platform facebook, Nihilanand yang kini sudahpun mempunyai pengikut sebanyak 454 orang.

Sumber: Oddity Central

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.