Siakap Keli

Penduduk Batuk, Bersin Berdarah, Bangkok Diancam Jerebu ‘Beracun’

Asap kenderaan, pencemaran kilang dan pembinaan tidak terkawal menjadi antara faktor pencemaran udara yang sedang melanda bandar Bangkok saat ini.

Ibu kota Thailand itu sedang diselubungi jerebu tebal selama seminggu sehingga menyebabkan penduduk mengalami hidung berdarah dan haiwan juga turut sama dijangkiti.

Penduduk cuba melindungi diri dengan memakai topeng muka semasa berada di luar atau pengangkutan awam.

Pihak berkuasa telah melancarkan usaha bagi mengatasi isu itu dengan menghasilkan hujan tiruan melalui pembenihan awan dan semburan air.  Penduduk juga diberi amaran untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka serta aktiviti yang melibatkan pelepasan asap.

Pada Rabu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok meningkatkan amaran kesihatannya denga memerintahkan semua 437 sekolah awam ditutup.

“Keadaan akan bertambah buruk dan berlarutan sehingga 3 hingga 4 Februari. Jadi, saya memutuskan untuk menutup sekolah,” kata Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang.

Fleet drone antara alat yang digunakan untuk menyebarkan cecair bagi membantu membersihkan udara dari zarah mikroskopik. Difahamkan zarah ‘beracun’ itu mempunyai tahap kepekatan partikel halus yang mampu mengancam kesihatan.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra