Siakap Keli

Siapalah Yang ‘Hantar’ Benda Ni, Kau Dah Berjaya, Aku Dah Tutup Kedai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Disebabkan perasaan dengki atau tidak berpuas hati dengan orang lain, ada segelintir manusia yang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menggunakan cara halus asalkan keinginan hati mereka dapat dilunaskan.

Mesti anda pernah mendengar mengenai ilmu hitam atau santau yang dihantar bagi memperok-perandakan hidup orang lain. Selalunya, mereka yang terlibat dalam perniagaan pernah berdepan dengan situasi seperti ini. Apabila perniagaan lebih maju, terdapatnya saingan dan rasa iri hati dari pesaing hingga menggunakan jalan pintas menutup periuk nasi orang lain dengan ilmu hitam.

Seperti perkongsian oleh seorang pemilik perniagaan ini, Ahmad Junaidi Abdul Aziz yang mengalami nasib sama hingga kedainya terpaksa ditutup. Ketika pekerjanya ingin memindahkan barang, mereka menjumpai kain berbentuk ‘kapan’ bewarna kuning. Lebih mengejutkan, apabila dibuka terdapat wajahnya di dalam kain tersebut beserta tanah. Ngeri!

Kemas-kemas showroom hari ni.

Nak pindah barang and tutup kedai. Dalam dok alih barang, staff terjumpa benda ni belakang locker besi.

Aku just nak bagitau. Sapa-sapa yang hantar benda ni, kau dah berjaya. Tapi aku lansung tak marah and nak ucap terima kasih kat kau kerana apa yang kau antar ni, buat aku buka mata untuk cuba banyak lagi cabang perniagaan yang lain.

 

Aku maafkan kau. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau boleh marilah kita bersahabat. Semoga menjadi asbab untuk kita sama-sama berjaya dunia and akhirat.

Sumber : Ahmad Junaidi Abdul Aziz

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di