Siakap Keli

Viral Video ‘Live’ Wanita Mandikan Anjing Dalam Tempat Tukar Lampin Bayi R&R Tapah, PLUS Malaysia Sertu Kawasan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam tular video seorang wanita memandikan anjingnya di salah sebuah tandas tukar lampin di Kawasan Rehat dan Rawat, Tapah.

Rakaman video ‘live’ Facebook tersebut walau bagaimanapun mengundang kecaman rata-rata netizen yang menyifatkan wanita berkenaan tidak sensitif dan menghormati agama lain.

Video yang diambil oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Farah Shafiza adalah diatas rasa tanggungjawabnya sebagai pengguna dan seorang Muslim.

Hal ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian pihak PLUS Malaysia Berhad dan aktiviti menyertu kawasan terjejas telah dilaksanakan sebaik sahaja laporan daripada orang ramai diterima.

Pihak PLUS Malaysia dalam satu respon memberitahu papatanda poster haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk di perkarangan kawasan rehat turut telah diletakkan.

Sumber: Farah Shafiza

Nur Farra