Siakap Keli

Arab Saudi Lancar Aplikasi Benarkan Suami Kesan Lokasi Isteri, Dimuat Turun Lebih Sejuta Kali

Arab Saudi baru-baru ini telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar, Absher yang membolehkan lelaki untuk memantau lokasi isteri atau wanita dibawah jagaan mereka.

Walaupun baru sahaja dilancarkan, media antarabangsa melaporkan bahawa aplikasi berkenaan sudah pun dimuat turun lebih daripada sejuta kali.

Antara lain fungsi aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan adalah untuk membolehkan penjaga lelaki menetukan bila dan bagaimana wanita dibawah jagaan mereka untuk bergerak. Aplikasi berkenaan juga akan memberi notifikasi kepada pengguna sekiranya wanita dibawah jagaan mereka menggunakan passport di sempadan.

Di bawah undang-undang Arab Saudi, setiap wanita diwajibkan mempunyai penjaga lelaki yang sah yang mempunyai hak untuk mengehadkan pergerakkan mereka.

Bagaimanapun, pengenalan aplikasi baru berkenaan mendapat bantahan daripada pertubuhan hak asasi dunia termasuk Amnesty International yang mendakwa ia cubaan kerajaan untuk menindas wanita.

Malah, badan berkenaan juga mengecam tindakkan Google dan Apple yang membenarkan pengguna untuk memuat turun aplikasi berkenaan melalui platform yang disediakan oleh mereka.

Amnesty International juga menuntut kedua-dua gergasi berkenaan supaya membuang aplikasi berkenaan daripada platform masing-masing.

Sumber: TNIE

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.